Black Tea Scrub St.Ives Review



Hello monday! Before start working, zyla nak share one of step in skincare routine. Sebelum ni zyla pakai Safi Rania Gold scrub, tapi dah dekat 4 bulan STOP, sebab dah habis and takmau repeat beli lagi sebab macam dah tak sesuai, kulit jadi merah-merah, mungkin dia punya molekul / biji-biji scrub tu lebih kasar sikit. So memandang dah lama tak scrub muka, zyla search and baca tips-tips yang ramai rakan twitter share tentang produk yang bagus dan berkesan. Tambah-tambah untuk kulit sensitif dan combination. Akhirnya zyla belilah Black Tea Scrub St. Ives ni! Murah yalls... RM23++ saja. Boleh pakai lama ye, sebab kuantiti dalamnya banyak!
Image result for black tea scrub st.ives
Pakai dia tak perlu picit banyak-banyak okey. Sikit je macam ni. Dan apply kat seluruh muka, yang penting korang kena scrub lebih sikit di bahagian yang bergerutu especially diarea hidung, liang pori, dan area mulut serta dagu. 

Related image

Banyak ni pun dah cukup! scrub lembut dan kuat sikit untuk area yang perlu. So far selama 3 hari guna, muka dah rasa licin gila! Bila apply foundation, perghh rasa best je. Senang nak blend. Sebab takda area bergerutu dan liang pori pun makin mengecil. 

Cara zyla guna Black Tea Scrub St. Ives ni, mula-mula bersih kan muka kita dengan Micellar Water Garnier botol biru tu. Remove segala makeup yang ada sampai lah hilang betul, means takda kesan kotor lagi pada cotton pad tu. Pastu basuh muka dengan air. Then lap sikit muka, make sure muka bagi lembab-lembab sikit. Baru lah pakai Scrub ni.. Last cuci muka dengan air, then pakaikan pencuci muka.. SETTLE! 

Lepas settle tu, korang boleh pakai skincare korang. Apply lah Toner, Hydration mask/ Essence/Serum. Macam moisturizer tu aku apply bila muka aku rasa betul2 dry. kalau lembab, pakai hydration mask / serum pun ok dah utk aku.
Style routine skincare aku simple je. Buat yang mana wajib dan rasa best utk skin.

okey sekian terima kasih kerana membaca 💓💓 

Comments

Popular Posts