MAKEUP MURAH RM50 ?

Image result for wow

Wow! Sangat mustahil jika ada orang amik harga makeup RM50 dizaman tak lama lagi menjelang Tahun 2020. Memang tak dinafikan ada dalam kalangan kita mengenakan caj semurah ni dek kerana terdesak perlukan DUIT dan JOBLESS sampai takda PORTFOLIO artwork nak review kepada client.

Sebagai CLIENT kena mainkan peranan jugak, jika MUA anda menggunakan barang-barang kualiti, tolonglah prihatin dan berfikir. Layakkah kita berbuat demikian terhadap MUA? Yeah customer always right, but never right if you request cheap price with quality items.

Bagi aku yang pernah amik upah RM50 ni serious aku cakap, time tu skill makeup masih berterabur kerana masih dalam sesi untuk mengenali jenis-jenis kulit client dan ragam client. Bila dapat client banyak ragam, anda rasa masih lagi ke nak STAY HARGA RM50 ? OH SHIT memang taklah!

 Sejarah dalam hidup time tu aku mula kecil-kecilan dengan barang2 drugstore. Aku start makeup budak-budak UPSI. Time dorang nak dinner, dorang akan roger aku. Kira time tu aku paling aktif. Sampai aku libat diri dalam makeup BACKSTAGE untuk teater. 
Yang aku jadi FOBIA, ada sorang client aku..aku dah siap makeup dia, then makeup kawan dia plak. Time nak bayar upah makeup tu, dia BALING je duit upah tu ATAS KATIL. kau rasa?? 
Memang rasa geram yang amat time tu, tapi aku sabar. Aku nekad dalam hati, NO MORE THIS PRICE!! KERANA kita kasihan orang, kadang-kadang orang takkan kasihan kan kita. JADI hati-hati untuk anda yang baru nak berjinak dalam dunia jurumekap.

Apapun aku tetap letak HARGA BERPATUTAN untuk BAKAL CLIENT aku. Aku faham tak semua orang mampu, tapi teringin nak melawa. Aku tak impikan untuk menjadi MUA famouss, tapi bersyukur bila dapat membantu orang nak melawa. Orang suka ARTWORK kita tu sudah cukup BERUNTUNG rasa!

Hebah la pada rakan2 anda yang hendak mencari MUA tu ya.

Whatsapp zyla 0173771209
Email: snoorfadzillah@gmail.com
Ig: @makeupbyzylas
FB: Zyla Samsudin

Comments

Popular Posts