Ciri - ciri Natural Makeup
Hello Thursday! Okey hari ni zyla tetiba terlintas untuk share tentang perbezaan tentang Natural Makeup Vs Heavy Makeup. Sejak menjak ni, Natural Makeup kian menjadi sebutan dan permintaan bagi Bride-to-be.
Bermula dengan Based Makeup seperti biasa. Ketahanan makeup itu bergantung pada based makeup yang kita gunakan. Aplikasi seterusnya yang menentukan makeup look yang kita nak. Sebab itu, seorang MUA akan letak harga makeup yang tetap mengikut majlis. Kerana setiap step menggunakan barang makeup yang sama.
(Ni contoh Makeup Natural Glow by ZYLA)
Natural Makeup
Ciri-ciri:-
Foundation: Mestilah ikut warna skin kita, boleh pilih Sheer Glow/Water based atau Matte mengikut jenis kulit kita
Eyeshadow: Warna bumi (aka Earth color/ Nude color), tekstur yang matte, shimmer pun pilih yang paling natural seperti color metallic silver/ bronze.
Eyeliner:- Eyeliner perlu nipis/ tidak digunakan langsung. Sesetengah MUA akan menggunakan eyeshadow hitam untuk effect seperti eyeliner. Effect ini penting untuk membuat mata kita nampak lebih segar dan besar sedikit.
Maskara:- Apply Mascara tidak perlu terlalu dramatic/terlalu panjang, tapi cukup untuk memperlihat wajah kita mempunyai bulu mata yang cantik. Jika bulu mata kita tidak panjang, boleh pakai bulu mata palsu yang natural dan tidak terlalu panjang.
Eyebrow: Kening adalah peranan paling penting untuk nampak natural. Effect kening mestilah tidak terlalu pekat dan palsu seperti dilukis. Kening perlu nampak garis-gariskan bulu kening dan terbentuk cantik. Jika kening kita dah terbentuk cantik, kita cuba sikatkan saja dengan Brow Cara.
Shading: Ini penting untuk muka kita supaya lebih terbentuk . Tapi effect natural mestilah tidak terlalu ketara, warna nya samar-samar saja. Warna nya pilih je warna yang coklat soft. Pastikan effect shadingnya tak sama dengan makeup dramatic/heavy atau dikenali sebagai shading parang!
Blusher: Blusher untuk natural makeup ni lebih kepada warna pink lembut dan peach gitew. Jika kita sukakan effect nude , boleh gunakan blusher jenis bronze sikit. Blusher yang kita hendak guna tidak perlu terlalu tebal , samar-samar sudah cukup yallls.
Highlighter: Effect ni penting untuk korang nampak wajah yang glow/dewy gitew. Highlighter boleh pilih color yang natural seperti color Mary-Lau highlighter atau Becca Champagne gitew. Itu suggestion zyla. Tapi boleh pakai yang lebih if korang rasa sesuai dan nice.
Lip: Lipstick/lipmatte untuk effect natural ni pilihlah color2 sweet/ nude. Nak nampak segar tambah sedikit lip gloss untuk kelihatan bibir tu bersinar gitew.
dann akhir sekali jangan lupa spray makeup yaaaa. barulah makeup korang akan lock dan tahan lama.
(Ni antara Natural Makeup mengikut tona Kulit. Apa macam cantik dok ? hahaha)
Sekian terima kasih kerana membaca! 💓💓
nak ciri ciri makeup fresh look
ReplyDelete